Jumlah kes denggi di Terengganu meningkat empat kali ganda dengan 85 kes direkodkan bermula Januari hingga 18 Jun lalu berbanding hanya 21 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, dalam tempoh itu juga, dua episod wabak didaftarkan iaitu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu berbanding satu episod wabak tahun lalu.